Akaun syfyproresources.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.


Kini anda boleh tarik nafas lega kerana ia bakal mengubah landskap pengurusan akaun bisnes menjadi lebih mudah, tepat dan sistematik



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Perkenalkan, saya Selamat, founder kepada MUAB Solutions. Mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Univerisiti Malaysia Teregganu (dahulu di kenali sebagai kustem) pada tahun 2008.

Pada tahun 2016, secara rasminya saya menubuhkan MUAB untuk membantu pemilik bisnes menguruskan akaun bisnes dengan betul, tepat dan sistematik tanpa pengetahuan perakaunan.

Selain daripada menghasilkan Sistem Akaun yang memfokuskan kepada 'Non-Accounting Person', saya juga pernah di jemput secara langsung dan tidak langsung oleh Agensi Kerajaan seperti AIM, MARA, Politeknik, Jabatan Agama Islam Perak dan beberapa persatuan lain untuk mengendalikan bengkel pengurusan akaun bisnes.

Malah atas beberapa permintaan, saya juga pernah mengendalikan kelas-kelas berskala kecil kepada pemilik bisnes untuk berkongsi cara yang betul menguruskan akaun bisnes walaupun tanpa sebarang pengetahuan akaun bisnes.



Sepanjang pengalaman saya mengendalikan kelas-kelas dan bengkel pengurusan akaun bisnes, saya banyak berjumpa dengan pemilik bisnes yang menghadapi masalah berikut:-

x Tidak tahu menguruskan akaun bisnes dengan betul - Sudahnya banyak bisnes yang di jalankan hanya berkonsepkan ikut asal suka yang menyukarkan lagi proses untuk menguruskan kewangan bisnes.


x Duit bisnes bercampur aduk - Akibat daripada duit bisnes bercampur aduk, ramai Pemilik Bisnes menghadapi masalah kebocoran wang bisnes yang serius. Boleh di katakan hampir 90% peniaga menghadapi masalah ini.


x Duit bisnes asyik tak cukup - Sebenarnya duit bisnes cukup, tapi cara pengurusan akaun bisnes yang salah menyebababkan masalah ini sentiasa berlaku.


x Kos upah akaun yang mahal - Mereka bukan tidak mampu, tapi merasa ralat jika baru berniaga tetapi sudah terpaksa menanggung kos perakaunan yang tinggi. Mahu tidak mahu, mereka terpaksa mengabaikan masalah ini.

x Dan banyak lagi masalah yang berlaku yang mungkin anda sendiri pernah mengalaminya.


"Percaya tak, RAMAI Pemilik Bisnes merupakan individu yang paling banyak di rundung rasa kebersalahan (Sebab selalu ambik duit bisnes untuk tujuan peribadi) dan di rundung rasa ketakutan (Sebab tak pernah declare cukai walaupun dah berniaga bertahun lamanya)."


JANGAN MAIN-MAIN


**Real Case Study**

Saya pernah berjumpa dengan pemilik bisnes beberapa tahun lepas.


Beliau panik bila menerima surat cinta dari lembaga yang mengatakan beliau ada tunggakan cukai.


Kalau setahun, okayla lagi.


Tapi kalau sampai 6 tahun?


Dan bukan takat tu je, ada penalti di sertakan sekali sebagai tambahan.


Jumlahnya?


Cukup untuk beli sebuah rumah apartment kos rendah.

------

Ini baru satu contoh kesan daripada kegagalan kita uruskan akaun bisnes.

Banyak lagi contoh yang saya anggap anda sendiri tahu sebagai seorang Pemilik Bisnes.


Jadi, tak kan anda nak jadi orang yang seterusnya?


Kalau anda tak nak jadi orang seterusnya, follow langkah berikut:


1. Jika belum ambil gaji, mula ambil gaji secara tetap at least untuk tempoh 6 bulan. ini adalah latihan antaranya untuk memastikan anda tidak mencampur adukkan duit bisnes dan duit peribadi. Kalau anda kira duit gaji dengan betul, anda TAK AKAN sekali-kali 'rompak' duit bisnes untuk tujuan peribadi bukan?


2. Mula simpan dokumen transaksi bisnes seperti invois, resit, bill dan sebagainya. Ini penting untuk anda sentiasa maintain sebab antara syarat wajib apabila anda menghantar borang cukai adalah, anda perlu menyimpan segala dokumen transaksi dan juga laporan akaun at least untuk tempoh 7 tahun. Tujuannya adalah untuk keperluan audit cukai jika di perlukan kelak.


3. Mula rekod transaksi bisnes denga konsisten. Ini adalah langkah yang terakhir untuk pastikan anda dapat data yang tepat berkenaan keuntungan perniagaan kerana cukai akan di kira berdasarkan untung bersih bisnes anda, bukan jualan melainkan anda tiada rekod langsung.


Pengurusan akaun bisnes tidak terhenti atas urusan cukai sahaja kerana dengan pengurusan akaun bisnes yang betul, anda boleh menghasilkan laporan akaun yang boleh anda gunakan untuk apa sahaja tujuan seperti di bawah:-



Anda tak nak ke bila pengurusan akaun bisnes anda menjadi betul:-

1. Cash Flow bisnes akan bertambah strong!

2. Nak declare cukai senang sebab dah ada dokumen dan rekod transaksi.

3. Nak Apply pembiayaan pun selalu dapat priority sebab orang yang declare cukai di 'sayangi' oleh pihak bank.

4. Nak bayar zakat pun tak ragu-ragu sebab semua rekod income dan expenses dah ada, dan paling penting

5. Bisnes lebih berkat!

------

Saya tak sembang kosong, sebab apa yang bakal anda praktiskan ini adalah perkara sama yang di buat oleh perniagaan-perniagaan besar di luar sana. 


Atas dasar itu, saya telah hasilkan sistem akaun mesra pengguna yang di reka khusus untuk Pemilik Bisnes

iaitu...


Sistem Akaun MUAB v2.7

Satu sistem akaun yang mudah, lengkap dan paling penting tepat untuk menghasilkan laporan lengkap akaun bisnes supaya pengurusan akaun bisnes menjadi lebih teratur dan sistematik.


Susah Ke Nak Guna Sistem Ni?

Mari Saya Tunjukkan 3 Langkah Mudah Untuk Guna Sistem Ni



Tiada Debit Kredit - Tak Perlu Sambungan Internet - Tanpa Had Perniagaan


Siapa Yang WAJIB Gunakan Sistem Akaun MUAB Ini?


# Pemilik Bisnes Enterprise/PLT yang mempunyai jualan tahunan bawah RM500,000.


# Pemilik Bisnes yang nak jimatkan kos perakaunan sekurang-kurangnya RM3,600 setahun


# Pemilik Bisnes yang sentiasa ingin belajar untuk uruskan akaun bisnes dengan lebih baik


# Pemilik Bisnes yang tidak mempunyai sebarang pengetahuan akaun bisnes


# Pemilik Bisnes yang mahu uruskan sendiri akaun bisnes



Jangan risau, jika anda komited dan benar-benar ingin menguruskan akaun bisnes, saya akan terus bantu anda seperti mana saya telah membantu mereka...




Baiklah, Berapa Yang Perlu Saya Bayar Untuk Dapatkan Sistem Akaun MUAB?

Sebelum saya beritahu harga sebenar Sistem Akaun MUAB v2.7 ini saya nak beritahu anda berapa caj atau kos perakaunan untuk sesebuah perniagaan ketika ini.

1. Anda perlu membayar sekurang-kurangnya RM1,500 Sebulan untuk seorang staff akaun junior; atau

2. Anda perlu membayar sekurang-kurangnya RM500 Sebulan untuk melantik firma akaun; atau

3. Anda perlu membayar sekurang-kurangya RM300 Sebulan untuk mengupah freelancer; atau

4. Anda boleh melanggan sistem akaun online antara RM99-RM199 sebulan.

Tetapi, untuk Sistem Akaun MUAB, Anda hanya perlu bayar.


RM397/Sekali Seumur Hidup


Ini adalah harga yang boleh saya tawarkan berdasarkan nilai & manfaat yang boleh di perolehi melalaui Sistem Akaun MUAB ini untuk perniagaan anda.

Jadi anda hanya perlu membayar sekali seumur hidup untuk mendapatkan Sistem Akaun MUAB dan anda boleh gunakan sistem ini selama mana yang anda perlukan tanpa ada caj tambahan.

Ini adalah harga yang reasonable untuk sistem akaun yang boleh membantu anda untuk menguruskan akaun bisnes dengan lebih baik, teratur dan sistematik!

Tapi Nanti Dulu!

Jika anda bertindak hari ini, anda tak perlu bayar RM397.

Saya nak pastikan semua Pemilik Bisnes dapat manfaat sebaiknya daripada Sistem Akaun MUAB v2.7 ini.

Dan pada masa yang sama saya hanya NAK PEMILIK BISNES YANG SERIUS dengan perniagaan mereka.

Sistem ini sejujurnya telah banyak peningkatan berbanding versi terdahulu yang mana versi 2.7 adalah versi paling lengkap untuk merekod semua transaksi akaun bisnes tanpa gagal.

Jika kita ambil perbandingan dengan versi terdahulu, secara ringkasnya


PeneranganSistem Akaun MUAB v2.2Sistem Akaun MUAB v2.7
Akaun Bank1 Akaun Bank SahajaTanpa Had Akaun Bank
Akaun Tunai1 Akaun Tunai SahajaTanpa Had Akaun Tunai
Pengurusan StokAdaAda, di pertingkatkan

Bilangan Perbelanjaan

12 Jenis Perbelanjaan

(Boleh Di Ubahsuai)

20 Jenis Perbelanjaan

(Boleh Di Ubahsuai)

Transaksi KhasTiadaAda
Jenis Perekodan

Tunai & Sebahagaian Akruan

(Cash & Partial Accrual Basis)

Tunai & Akruan

(Cash & Accrual Basis)

Tambahan BilanganTransaksiManual Add FormulaAuto Add Formula
Laporan Utama
  1. Penyata Aliran Tunai
  2. Penyata Untung Rugi
  3. Kunci Kira-Kira
  1. Imbangan Duga
  2. Penyata Aliran Tunai
  3. Penyata Untung Rugi
  4. Kunci Kira-Kira
Penyata PenghutangRingkasan Kumpulan SahajaAda
Penyata PemiutangRingkasan Kumpulan SahajaAda
Penyata PinjamanRingkasan Kumpulan SahajaAda
Built-in Kalklutor ZakatTiada

Ada

Document GeneratorTiada Ada


Bagaimana?

Sudah bersedia untuk membawa pengurusan akaun bisnes anda ke next level?

Untuk masa terhad, anda boleh dapatkan Sistem Akaun MUAB v2.7 pada harga..


RM397.00

RM197.00 SAHAJA


Malah bukan itu sahaja, saya nak pastikan anda benar-benar dapat manfaat bukan daripada Sistem Akaun MUAB sahaja, tetapi pengurusan akaun bisnes itu sendiri.


Oleh itu, untuk anda yang bertindak pantas, saya akan berikan 3 BONUS KHAS INI!


BONUS #1 - Yearly Template MUAB (Bernilai RM97)

Jika anda menggunakan Sistem Akaun MUAB untuk menghasilkan laporan akaun bulanan maka template ini boleh anda gunakan.

Anda boleh menggunakan template ini untuk menyatukan laporan akaun bulanan tersebut menjadi laporan akaun tahunan dengan mudah.

Anda hanya perlu copy data laporan bulanan berkenaan dan kemudian 'paste' ke dalam template ini tanpa perlu salin satu persatu.

Jadi anda boleh dapatkan laporan akaun bulanan dan laporan akaun tahunan serentak dengan mudah.


BONUS #2 - Template Bajet MUAB (Bernilai RM137)

Pemilik Bisnes yang optimis adalah mereka yang sentiasa bersedia dan memandang jauh ke hadapan.

Melalui Template Bajet ini, anda boleh menyediakan Unjuran Laporan Kewangan Perniagaan dengan mudah hanya dengan mengisi tempat kosong berdasarkan data yang di perlukan.

Apa yang menarik, anda boleh menentukan berapa jualan yang anda mahukan dan berapa keuntungan yang anda jangkakan dan template ini akan memberikan berapa bajet perbelanjaan yang perlu anda gunakan untuk mencapai keuntungan yang di telah di tetapkan.


BONUS #3 - Akses Ke Group Premium FB (Bernilai RM167)

Ini bukan group support semata-mata.

Di dalam group ini, saya biasanya akan melakukan sesi sharing sama ada dalam bentuk video live, rakaman atau post premium berkenaan pengurusan akaun bisnes. 

Jadi ia tidak terhad hanya kepada tempat untuk bertanya soalan berkenaan sistem sahaja kerana saya tahu, pengurusan akaun bukan hanya berkait dengan merekod tetapi lebih daripada itu.

Saya amat mengalu-alukan penyertaan anda di dalam group premium ini.



Bagaimana?

Melalui sistem dan bonus-bonus ini, sudah tentu anda boleh menguruskan akaun bisnes bukan setakat menghasilkan laporan akaun bisnes, tetapi menghasilkan satu pengurusan kewangan bisnes yang mantap!

Sekarang mari kita buat kira-kira, berapakah kos yang perlu anda keluarkan untuk menguruskan akaun bisnes dengan lengkap...

1. Sistem Akaun MUAB v2.7..........................RM397.00

2. Yearly Template MUAB..............................RM97.00

3. Template Bajet MUAB................................RM137.00

4. Akses Ke Group Premium MUAB..............RM167.00


Menjadikan nilai keseluruhan solusi perakaunan ini sebanyak RM798.00!


Secara peribadi, masih lagi reasonable jika di bandingkan dengan kos perakaunan yang lain.


Anda tak perlu bayar saya RM798


Tak Perlu Bayar RM577


Tak Perlu Bayar RM397


Tak Perlu Bayar RM197


HANYA 139.00 SEKALI SEUMUR HIDUP


 Tiada Caj Tersembunyi X

Tiada Caj Tambahan X

Tiada Caj Berulang X


ANDA PERLU BERTINDAK SEKARANG


Saya hanya boleh katakan harga yang saya tawarkan di atas boleh di tarik bila-bila masa dari sekarang tanpa sebarang notis atau countdown timer untuk menakut-nakutkan anda.


Saya bukan jenis begitu.


Saya tidak akan memaksa anda membeli sistem akaun ini jika ianya tidak penting untuk perniagaan anda.


Berilah peluang kepada diri dan perniagaan anda untuk memastikan matlamat sebenar mengapa anda menjalankan perniagaan tercapai. 


Itu Sahaja.


Tahun 2023 yang bakal kita hadapi ini merupakan tahun yang di jangka mencabar.


Tahun yang mana inflasi yang akan terus meningkat, kemelesetan ekonomi akan berlaku, pemanasan global dan sebagainya akan menjadi satu cabaran kepada anda sebagai pemilik bisnes.


Tapi jangan risau, setiap masalah ada penyelesaiannya dan satu kata-kata yang saya semat sehingga hari ini


Buat Tindakan Pada Apa Yang Boleh Kita Kawal,

Bukan Pada Apa Yang Tidak Boleh Kita Kawal.


Ini adalah masa yang sesuai untuk anda belajar dan mendapat manfaat sepenuhnya daripada pengurusan akaun bisnes yang teratur dan sistematik.



[PENTING]  Keperluan Minimum Sistem Akaun MUAB v2.7:

1. Operating System:  Windows 32 bit atau 64 bit

2. Perisian Asli:  Microsoft Excel 2019 / Microsoft Office Excel 365 

3. Platform:  Komputer (PC) atau Laptop


FAQ:


1. APA SEBENARNYA SISTEM AKAUN MUAB v2.7?

Sistem Akaun MUAB v2.7 adalah satu sistem untuk merekod transaksi bisnes ke dalam sistem untuk menghasilkan laporan lengkap akaun bisnes seperti Imbangan Duga, Penyata Aliran Tunai, Penyata Untung Rugi & Laporan Kunci Kira-Kira.

2. ADA VIDEO TUTORIAL TAK?
Ya ada. Sistem Akaun MUAB yang anda beli di sertakan sekali dengan link ke video tutorial. Video tutorial yang di sediakan adalah terperinci supaya anda boleh menjadi pakar menggunakan Sistem Akaun MUAB dalam masa yang singkat.

3. ADAKAH BAYARAN INI SEKALI SAHAJA ATAU ADA BAYARAN BULANAN/TAHUNAN?
Sejak tahun 2016, semua produk kami di tawarkan dengan bayaran sekali seumur hidup sahaja. Tiada bayaran ulangan, bulanan atau tahunan. Malah, anda akan memperolehi sebarang upgrade secara percuma untuk sistem pada versi yang sama.

4. JIKA SAYA MEMERLUKAN BANTUAN, BAGAIMANAKAH CARANYA?
Perkhidmatan lepas jualan adalah prioriti kami. Anda boleh menghubungi kami melalui emel di hellomuab@gmail.com untuk sebarang bantuan. Berikan masa sehingga 24 jam untuk kami respon kepada anda.

5. ADAKAH PEMBELIAN SAYA DI LINDUNGI OLEH JAMINAN PULANGAN WANG?
Ya! Kami berikan anda jaminan 30 hari pulangan wang jika anda gagal menggunakan produk kami dan memperolehi hasil yang di harapkan. Kami sentiasa mengutamakan kepuasan pelanggan dengan menitikberatkan hasil yang di perolehi dengan menggunakan produk kami. Walaubagaimanapun, kami perlu memastikan anda benar-benar menggunakan setiap produk kami seperti yang di sarankan serta mendapatkan bantuan yang sewajarnya dari pihak kami sebelum menuntut pulangan wang.

6. BAGAIMANA SAYA INGIN MENYEMAK VERSI MS OFFICE EXCEL YANG SAYA GUNAKAN?
Ada bermacam cara yang boleh anda lakukan untuk menyemak versi excel yang anda gunakan. Cara pertama, anda boleh halakan cursor mouse ke logo aplikasi excel anda dan ia akan memaparkan versi excel apa yang di gunakan. Cara kedua, anda boleh buka Aplikasi Ms Office Excel di Laptop/ PC anda kemudian pilih Tab File > Klik Pada Pilihan Account kemudian klik pada Menu About Excel. Anda juga boleh tonton video youtube ini sebagai panduan: klik  https://www.youtube.com/watch?v=dIRPCu3y854

7. SAYA BERMINAT UNTUK MENGGUNAKAN SISTEM INI, TETAPI VERSI MS OFFICE EXCEL SAYA TIDAK BERADA DALAM SYARAT MINIMUM. APA BOLEH SAYA BUAT?
Terima kasih kerana anda berminat untuk menggunakan Sistem Akaun MUAB v2.7. Bagi memastikan semua fungsi yang terdapat pada sistem kami dapat di gunakan sepenuhnya, anda di galakkan menggunakan perisian Ms Office Excel versi terkini atau Ms Office Excel 2019 atau Ms Office Excel 365. Oleh itu, jika anda masih menggunakan versi lama, pastikan anda upgrade ke versi terkini yang mana anda boleh dapati salah satunya melalui platform Shopee. Klik sini >  https://shopee.com.my/search?keyword=microsoft%20excel

*Anda di galakkan memilih perisian yang original

*Jaminan Pulangan Wang tidak terpakai jika anda menggunakan Sistem Akaun MUAB v2.7 pada PC/Laptop yang tidak memenuhi syarat keperluan minimum. Sila Baca Notis Penting di atas.

Jika anda sampai sejauh ini,
Saya boleh katakan Anda memang Seorang Pemilik Bisnes yang SERIUS dengan Perniagaan anda.

Semangat inilah yang menjadi penyebab kejayaan sesebuah perniagaan.

Semuanya telah di sediakan untuk anda.

Terjemahkan semangat anda dengan melakukan tindakan hari ini dengan mendapatkan Sistem Akaun MUAB v2.7




Perlukan Bantuan?